Istilah etnik adalah berasal dari
perkataan Yunani iaitu “ethnos”  yang
membawa kepada maksud “orang”.  Istilah
etnik menurut  bidang sosiologi bermaksud
sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan dan menganggap diri  mereka adalah sama antara satu sama lain dari
segi bahasa, agama, budaya dan juga nilai hidup.
1 Dari segi istilah, istilah ialah merupakan kelompok
manusia yang  ditentukan melalui
perbezaan budaya, adat, kepercayaan dan juga bahasa. Manakala dari segi bahasa
pula boleh didefinisikan sebagai bangsa ataupun kaum bagi sesebuah masyarakat.
Sesebuah kelompok manusia menganggap kelompoknya adalah  berbeza dari kelompok yang lain disebabkan
oleh etnisiti  atau lebih dikenali
sebagai  ciri-ciri sosio-budaya. Menurut
Kamus Dewan Edisi ke-4, hubungan adalah bermaksud sangkut paut, pertalian
ataupun kaitan diantara sesuatu perkara.

 Mengikut
teori evolusi, Homo Sapiens berkembang lalu bercabang menjadi tiga ras utama
iaitu Caucasoid atau orang Eropah iaitu berkulit putih, Mongoloid atau orang
Asia Timur  dan Negroid atau orang Afrika
yang berkulit hitam. Namun begitu, istilah ras mengalami penggunaan yang terhad
kerana tidak semua orang masuk didalam golongan ras yang iperkatakan. Maka
dengan itu, istilah etnik dilihat lebih bersesuaian penggunaannya bagi merujuk
kepada kelompok-kelompok manusia tersebut dan dalam kajian mengenai masalah
perkauman dan perpaduan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Menurut Max Weber, etnik adalah sebagai
” human groups that entertain a
subjective belief in their common descent because of similarities of physical
type or customs orof both or because of memories of colonization or migration.”
Definisi tersebut jelas memberikan perbezaan di antara kelompok etnik dan juga
kelompok ras. Hal ini  kerana, kelompok
ras lebih berdasarkan ciri-ciri biologi manakala bagi kelompok etnik pula
terbentuk berdasarkan pengalaman bersama dari sebuah nenek moyang, kesamaan
dalam masa kolonialisme atau perpindahan penduduk.2

Semenanjung Tanah Melayu telah mula
didiami oleh manusia sejak 25,000 tahun yang lalu, namun kemudiannya mereka
dipercayai telah mengalami kepupusan. Walaupun begitu, etnik yang masih lagi
bertahan dan menduduki Tanah Melayu hingga ke hari ini adalah masyarakat
pribumi –orang asli, etnik Melayu, Cina dan India. Selain di Semenanjung Malaysia,
terdapat juga kepelbagaian etnik di Sabah dan Sarawak yang masih kekal hingga
ke hari ini antaranya ialah Murut, Bidayuh, Kadazan dan sebagainya.3

Kepelbagaian etnik di Tanah Melayu
(Malaysia) mula wujud sejak dahulu kala lagi. Hal ini kerana, Tanah Melayu
telah menjalinkan perhubungan di antara China dan India melalui urusan
perdagangan sejak abad ke-7 lagi. Selepas pemberian Melaka kepada British oleh
Kerajaan Belanda, sifat keseragaman ini beransur hilang sedikit demi sedikit
ekoran dari kerajaan British yang memberi peluang kepada rakyat negara China
dan India datang bekerja di Tanah Melayu. Hal ini kerana  selain perkembangan perusahaan bijih
timah,  Pulau Pinang dan Singapura  turut menjadi pusat perdagangan  yang mengakibatkan pertambahan kemasukan
rakyat asing dari China dan India ke Tanah Melayu.4

 

 

 

1 Teori dan Pemikiran Mengenai Hubungan Etnik, Rosman
Md. Yusoff, Kassim Thukiman

2
Hubungan  Etnik
: Konsep dan Amalannya di Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah (2008) (hlmn : 6-7)

3 Hubungan  Etnik
: Konsep dan Amalannya di Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah (2008) (hlmn : 49)

4 Masyarakat Multietnik Di Malaysia Dan  Britain, Paimah Atoma.