Modal
insan berkualiti yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara merupakan
tunjang kekuatan ekonomi sesebuah negara. Sistem pendidikan seharusnya mampu
melahirkan graduan yang mantap dalam pelbagai disiplin ilmu, rohani, minda,
emosi, interaksi adab dan etika selaras dengan hasrat negara untuk memantapkan
lagi modal. Graduan merupakan produk daripada institusi pengajian tinggi (IPT)
yang memasuki alam pekerjaan dan menjadi sebahagian daripada tenaga kerja sama
ada dalam sektor kerajaan atau swasta. Pada hakikatnya, institusi pengajian
tinggi di Malaysia telah mengeluarkan jumlah graduan yang mencukupi bagi
memenuhi keperluan tenaga kerja negara. Semua pelajar berkelayakan kini tidak
dinafikan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke IPT tempatan, sama ada awam
atau swasta. Walau bagaimanapun, cabaran yang lebih besar lagi ialah untuk
menyediakan modal insan yang benar-benar diperlukan oleh industri. Seringkali
dibangkitkan tentang graduan yang tidak mempunyai cukup kemahiran dan tidak
menepati kehendak industri yang bakal mereka ceburi. Banyak dakwaan mengatakan
bahawa graduan di Malaysia sukar mendapatkan pekerjaan kerana tidak memenuhi
keperluan majikan dari segi kemahiran. Pengangguran dalam kalangan graduan
adalah fenomena di banyak negara dan ini mungkin disebabkan oleh beberapa
faktor seperti kadar pertumbuhan ekonomi yang perlahan, permintaan industri
yang berubah di luar jangkaan dan graduan yang dihasilkan tidak sepadan dengan
permintaan industri.

Antara
faktor utama yang menyebabkan pelajar gagal mendapatkan kerja yang disenaraikan
oleh majikan ialah kemahiran komunikasi, manakala pencapaian akademik berada di
tangga kelapan. Oleh itu, kemahiran komunikasi merupakan kehendak utama bagi
majikan terhadap pekerja baru di kalangan universiti. Masalah pengangguran
dalam kalangan graduan universiti sering dikaitkan dengan isu kekurangan dan
kelemahan graduan yang dikeluarkan oleh pihak institusi pengajian itu sendiri.
Kurikulum di IPT tempatan juga dkatakan tidak memenuhi keperluan dan tuntutan
pasaran kerja sektor swasta yang menyediakan 90 peratus peluang pekerjaan di
negara ini. Masalah asas yang dihadapi graduan universiti tempatan untuk
mendapat pekerjaan ialah kelemahan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris,
menggunakan komputer, berinteraksi dengan kaum lain, berkerja secara berpasukan
serta kesanggupan mereka bekerja di luar waktu tugas rasmi.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Graduan
kini bukan sahaja dikehendaki mempunyai pengetahuan akademik tetapi perlu
mempunyai kemahiran insaniah ‘soft skills’ dan kemahiran menguruskan perniagaan
bagi meningkatkan kompetensi mereka. Semua kemahiran ini merupakan aset bagi
kebolehpasaran graduan dan faktor penentu untuk mendapatkan pekerjaan.
Perubahan sosial yang berlaku dalam pasaran buruh khususnya peningkatan tahap
pendidikan penduduk negara, telah menyebabkan majikan melakukan perubahan
terhadap syarat pemilihan pekerja. Majikan cenderung memilih graduan yang
mempunyai pencapaian yang cemerlang. Kini, majikan bukan sahaja melihat kepada
kelayakan akademik sematamata tetapi juga melihat kepada keupayaan atau
kemahiran graduan dari aspek spiritual dan keusahawanan. Ia menyatakan bahawa
dalam keadaan dunia pekerjaan yang sentiasa berubah, para majikan industri
memerlukan para pekerja yang lebih kreatif, fleksibel, dan mempunyai kemahiran
interpersonal yang tinggi.

Seterusnya
diikuti dengan kemahiran berkaitan teknikal. Kajian lepas telah menunjukkan
bahawa kemahiran komunikasi adalah senarai kemahiran yang paling penting
diperlukan oleh majikan. Bentuk kemahiran komunikasi ini meliputi kemahiran
lisan, kemahiran menulis, kemahiran mendengar, kebolehan bersikap positif
terhadap orang lain, dan kemahiran berhubung dengan para pelanggan. Para
majikan memerlukan pekerja yang mampu menunjukkan sikap kepimpinan, ketekunan,
mengikut arahan, kebolehan membuat pengubahsuaian, daya usaha, kematangan,
keyakinan diri, dan juga kemahiran interpersonal. Pihak industri amat
mengharapkan agar pihak pengeluar iaitu institusi pendidikan dapat menyediakan
para pekerja seperti yang mereka harapkan. Walau bagaimanapun perhatian juga
harus diberikan kepada elemen-elemen kemahiran “employability” yang kurang
dititikberatkan oleh tenaga pengajar institusi semasa pengajaran mereka.
Elemen-elemen tersebut termasuklah kemahiran akademik, kemahiran mengurus diri,
dan juga kemahiran kerja Ini bermaksud pekerja-pekerja masih belum mencapai
tahap kemahiran kemanusiaan seperti yang dikehendaki oleh syarikat memandangkan
kemahiran ini adalah yang paling sukar dikuasai.